Rawatan Gigi di Bulan Ramadhan

Rawatan Gigi di Bulan Ramadhan

Hai semua! Bulan Ramadhan dah tiba, ada pesakit yang masih musykil adakah boleh mereka mendapat rawatan gigi ketika berpuasa? Adakah ia akan membatalkan puasa?

Untuk pengetahuan semua, puasa tidak akan terbatal selagi sisa sisa yang terkumpul di dalam mulut ketika menjalani pemeriksaan dan rawatan pergigian tidak ditelan dengan sengaja. 

Walaupun rawatan pergigian rutin seperti scaling dan tampalan dilakukan dengan alat tangan bermotor yang mengeluarkan air suling melalui hujung alat tersebut ke dalam mulut, alat penyedut digunakan untuk membantu menyedut air suling dan air liur yang terkumpul di dalam mulut anda semasa rawatan dijalankan. 

Fakta yang menarik! Penyemburan air suling ini diperlukan supaya alat tersebut tidak menjadi panas kerana haba yang terhasil semasa operasi alat tangan bermotor boleh memudaratkan gigi anda. Selagi air suling tidak ditelan dengan sengaja, puasa masih sah.

Jangan risau, doktor gigi anda akan menjelaskan bahawa prosedur-prosedur yang mungkin menyebabkan air liur tertelan dan masuk ke kerongkong mulut sebelum rawatan dijalankan.

Rawatan yang melibatkan bendalir didalam mulut adalah seperti pembersihan karang gigi, tampalan gigi, cabutan gigi dan prosedur-prosedur lain yang menggunakan alat tangan yang bermotor.

Manakala prosedur yang tidak melibatkan bendalir adalah seperti rawatan pergigian dan pengambilan x-ray.

Tahukah anda?

Prosedur rawatan dan amalan pembersihan gigi berikut tidak membatalkan puasa;

– Mencuci gigi

– Menampal gigi

– Sarung gigi dan jambatan gigi

– Cabutan gigi. (Anda mungkin akan berasa sakit selepas cabutan dan ubat penahan sakit dalam bentuk tablet akan diberikan kepada anda)

– Suntikan ubat bius untuk cabutan gigi

– Ubat bius topikal untuk gusi

– Rawatan akar

– Membuat rawatan pergigian

– Memberus gigi, flos dan ubat kumur 

Bagaimana dengan hukum mencabut gigi di siang hari dalam bulan Ramadan?

Mencabut gigi di siang hari bagi yang berpuasa tidaklah batal puasanya, seperti pendapat ramai ulama. Ini juga pendapat Mazhab Hanafi dan lainnya. Seeloknya cabutan gigi dilakukan selepas berbuka puasa/malam hari kecuali kerana keperluan kerana rawatan ini akan menyebabkan rasa sakit/ketidakselesaan pada pesakit.

Source: dentistsnearby.com & https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-ramadhan/1956-hukum-mencabut-gigi-di-siang-hari-bulan-ramadan

For more information, please do not hesitate to contact us. Contact information as per shown below. 

OUR LOCATION

KLINIK PERGIGIAN  1ST DENTAL BUKIT JELUTONG

2-1-01 D’Vida  Jalan Bazar U8/101

Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam,

Selangor.

0378596757 / 0122175857 / 01161114972

Mon-Sat : 9am-4pm

KLINIK PERGIGIAN 1st DENTAL TAMAN EHSAN, KEPONG

No 2423-1, Jalan E3 6, Taman Ehsan

52100 Kuala Lumpur.

0362748710 / 0122955857

Mon-Sat : 9am-3pm

DON’T FORGET TO FOLLOW US ON OUR SOCIAL MEDIA FOR LATEST NEWS, MONTHLY PROMOTION AND MORE!

FACEBOOK PAGE (Taman Ehsan)

FACEBOOK PAGE (Bukit Jelutong)

INSTAGRAM

TWITTER

YOUTUBE

Leave a Reply

Close Menu