60122175857

Welcome to 1st Dental Clinic

Where we put you and your family 1st

Get an Appointment Today

Rawatan whitening gigi di 1st Dental Clinic Shah Alam

Sesiapa saja tentunya mahukan gigi yang sihat, putih dan menawan. Jadi tidak hairanlah jika rawatan whitening gigi atau bleaching gigi semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat, terutamanya apabila faktor gaya hidup dan penuaan menjadikan gigi semakin menguning.

Di 1st Dental Clinic, rawatan putihkan gigi ada disediakan oleh doktor gigi yang berpengalaman. Amat penting untuk kita berjumpa doktor gigi sebelum memulakan rawatan whitening gigi kerana doktor kami akan memeriksa keadaan kesihatan gigi dan gusi dahulu.  Kemudian, doktor akan mencadangkan cara rawatan termasuklah kaedah pemutih gigi yang sesuai mengikut keperluan. Ini adalah untuk memastikan pesakit akan mendapat manfaat sepenuhnya dari rawatan whitening gigi atau bleaching gigi ini.

Selain itu, 1st Dental Clinic juga sangat menekankan kebersihan dan keselamatan pesakit. Tempat dan alatan bleaching gigi akan dinyahinfeksi selepas setiap pesakit dan akan disteril untuk mengelakkan jangkitan silang.  Bahan pemutih gigi yang digunakan juga adalah yang bermutu tinggi dan selamat dari Amerika Syarikat. Doktor di 1st Dental Clinic juga akan memberi tips yang perlu dipatuhi selepas rawatan supaya kesan pemutih gigi tahan lebih lama.

Kos putihkan gigi di 1st Dental Clinic bermula dari RM800 sehingga RM1200, tetapi tidak termasuk rawatan lain seperti scaling dan tampalan. Untuk kesan pemutih gigi terbaik, doktor akan membersihkan gigi terlebih dahulu rawatan bermula dan menggunakan gel untuk mengurangkan risiko gigi sensitif.

Jika anda mencari klinik putihkan gigi Shah Alam, 1st Dental Clinic akan memberikan hasil terbaik dan rawatan yang selamat untuk mengembalikan seri gigi dan keyakinan anda.

Get In Touch Today!