60122175857

Welcome to 1st Dental Clinic

Where we put you and your family 1st

Get an Appointment Today

Rawatan akar gigi (root canal treatment) di 1st Dental Clinic Shah Alam

Antara rawatan yang sering didengari berkaitan kesihatan gigi adalah rawatan akar gigi, atau root canal treatment. Root canal treatment adalah rawatan khusus untuk gigi yang rosak teruk kerana saraf gigi telah dijangkiti kuman atau mati. Ia adalah untuk menyelamatkan struktur gigi supaya ia boleh terus digunakan.

Root canal treatment di 1st Dental Clinic dilakukan oleh pakar endodontik yang berpengalaman, di mana ia dilakukan secara berperingkat-peringkat (2 hingga 4 kali rawatan). Pakar endodontik di 1st Dental Clinic akan melakukan pemeriksaan dan memberikan khidmat nasihat terbaik untuk rawatan akar gigi anda. Ini termasuk penjelasan dan sebarang soal jawab berkaitan kesan sampingan atau root canal treatment side effect supaya pesakit lebih jelas dan bersedia untuk membuat sebarang keputusan.

Kadangkala kos rawatan akar gigi mungkin dirasakan agak tinggi, namun secara relatif ia adalah lebih murah berbanding kos menggantikan gigi menggunakan implan atau bridging. Root canal treatment di 1st Dental Clinic Shah Alam bergantung kepada jenis gigi dan bilangan akar pada gigi tersebut. Rawatan gigi hadapan adalah sekitar RM1200 ke RM1500, gigi geraham kecil sekitar RM1400 ke RM1700 manakala gigi geraham adalah dari RM2000 ke RM2500.

1st Dental Clinic adalah klinik pilihan terbaik untuk root canal treatment di Shah Alam. Kami menggunakan alatan rawatan akar gigi yang canggih dan ubat-ubatan yang berkualiti tinggi. Klinik kami juga lengkap dengan X-Ray Digital di mana keputusan boleh didapati serta merta dengan kesan radiasi yang sangat rendah. Persekitaran klinik yang bersih dan selamat juga menambah keyakinan dan keselesaan setiap pesakit yang menjalani rawatan akar gigi di sini.

Our Services

Teeth Whitening

Get In Touch Today!