60122175857

Welcome to 1st Dental Clinic

Where we put you and your family 1st

Get an Appointment Today

Rawatan dan pemasangan gigi palsu di 1st Dental Clinic Shah Alam

Pemakaian gigi palsu atau dentures memerlukan rawatan oleh doktor gigi yang berpengalaman. Gigi palsu boleh menyelesaikan masalah kehilangan gigi dan menambahbaik kualiti hidup supaya lebih yakin diri dan mudah melakukan aktiviti penting seperti makan dan bertutur.

Rawatan gigi palsu Shah Alam ada di 1st Dental Clinic Bukit Jelutong. Kami memberikan rawatan dan pemasangan dentures yang menyeluruh kepada pesakit, bermula dengan memeriksa keadaan gigi, pengambilan acuan, percubaan, pemasangan dan rawatan susulan. Pesakit selalunya mengambil masa untuk beradaptasi dengan gigi palsu baru namun doktor di 1st Dental Clinic akan memberikan bantuan dan tips supaya pesakit akhirnya serasi dengan dentures baru.

Harga pasang gigi palsu juga sering menjadi faktor utama sebelum pesakit membuat keputusan. Harga gigi palsu di 1st Dental Clinic bergantung kepada bahan buatan dan jenis gigi palsu yang diperlukan.

1st Dental Clinic menawarkan dua jenis gigi palsu iaitu gigi palsu Valplast atau gigi palsu akrilik. Jenis Valplast adalah lebih selesa dan fleksibel, nipis dan boleh direka lebih kecil. Gigi palsu akrilik pula lebih tebal dan bersaiz lebih besar. Harga gigi palsu kedua-dua jenis ini berbeza. Gigi palsu akrilik adalah lebih murah berbanding gigi palsu Valplast.

 

Jika anda memerlukan rawatan gigi palsu Shah Alam, tetapkan temujanji supaya doktor dapat memberikan konsultasi dan harga terbaik untuk pasang gigi palsu yang bersesuaian dengan keperluan dan bajet anda. Rawatan di 1st Dental Clinic dijamin selamat, bersih dan selesa. Harga pasang gigi palsu kami bermula dari RM 350-900 untuk akrilik dan RM 700- RM 2000 untuk Valplast.

Our Services

Teeth Whitening

Root Canal

Get In Touch Today!