Garis Panduan & Rujukan Ketika Menerima Rawatan di Klinik Pergigian 1st Dental

Garis Panduan & Rujukan Ketika Menerima Rawatan di Klinik Pergigian 1st Dental

Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa bermula 18 Mac 2020 yang lalu, Klinik Pergigian 1st Dental yang juga tergolong di dalam kategori ‘essential service’ masih beroperasi untuk memenuhi permintaan rawatan di bawah kawal selia Kawalan Amalan Perubatan Swasta, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sebagai langkah untuk mengelakkan penyebaran virus Corona, sekaligus memastikan keselamatan pesakit dan staf/jururawat/doktor bertugas, seterusnya komuniti sekeliling sentiasa terjaga dan berada di tahap optimum, berikut dikongsikan tatacara (seperti yang disarankan oleh Kawalan Amalan Perubatan Swasta, Kementerian Kesihatan Malaysia) sebagai rujukan kepada pesakit/penerima rawatan di klinik kami:

  • Pesakit diminta untuk menghubungi klinik melalui Whatsapp/ call terlebih dahulu sebelum datang ke klinik. (walk-in tidak digalakkan kecuali kes kecemasan)
  • Appointment akan diberikan jika perlu (rawatan kecemasan diutamakan) 
  • Pesakit diminta datang tepat pada waktunya. Tidak perlu datang awal dan elakkan datang lambat untuk mengelakkan pertembungan berlaku di antara pesakit yang lain disamping mengurangkan interaksi di dalam klinik. 
  • Hanya pesakit/penerima rawatan sahaja yang dibenarkan untuk berada di dalam klinik. 

**Pengecualian diberikan kepada kanak-kanak atau warga emas – hanya seorang peneman sahaja yang dibenarkan**

Apakah Langkah Langkah Keselamatan Yang Perlu Anda Patuhi Semasa Berada Di Dalam Klinik?

1) Pengambilan Suhu Badan & Mengisi Borang – Health Screening Form 

Staf yang bertugas akan merekod suhu badan anda dan anda akan diberikan borang Health Screening Form seperti di bawah sebagai langkah berjaga jaga untuk memastikan keselamatan anda,staf bertugas dan mereka yang berada di dalam fasiliti sentiasa terjaga. Anda dinasihatkan untuk memberikan maklumat dengan sejujurnya. Borang ini akan/boleh dijadikan sebagai rekod/rujukan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sekiranya perlu. 

Contoh borang yang perlu diisi

2) Pemakaian Penutup Hidung/Mulut dan Hand Sanitizer

Pesakit/penerima rawatan dan juga peneman diminta untuk memakai topeng penutup hidung dan mulut sepanjang berada di dalam klinik. Topeng penutup hidung dan mulut mampu untuk mengurangkan lagi risiko penyebaran virus. Anda juga dinasihatkan untuk menggunakan hand sanitizer (disediakan di pintu masuk, kaunter pendaftaran & bilik rawatan) atau membasuh tangan sejurus masuk ke klinik untuk mengelakkan risiko pemindahan virus. Elakkan dari menyentuh mata, hidung dan mulut dengan tangan yang tidak dicuci. 

3) Contactless Payment

Sebarang aktiviti pembayaran menggunakan wang tunai adalah tidak digalakkan. Pesakit/penerima rawatan disarankan untuk melakukan pembayaran menggunakan PayWave atau Online Banking. Jika anda memilih untuk membuat bayaran secara online banking, dapatkan nombor akaun bank dari receptionist kami dan tunjukkan resit pembayaran selepas pembayaran berjaya dibuat. 

4) ZERO Contact

Kami mempraktikkan ZERO CONTACT antara pesakit/penerima rawatan dan staf yang bertugas di hadapan (kecuali doktor/jururawat dan pesakit atas tujuan rawatan). Hal ini adalah untuk mengelakkan sebarang risiko pemindahan virus berlaku.

Apakah Prosedur Standard Pembersihan & Langkah Keselamatan Yang Diamalkan Oleh Klinik Pergigian 1st Dental? 

  • Setiap bilik rawatan akan disanitasi sebelum dan selepas sesi rawatan.
  • Setiap tombol pintu/laluan awam dan tempat lain yang berkemungkinan disentuh akan dibersihkan secara teliti mengikut jadual yang telah ditetapkan.
  • Penggunaan alas plastik untuk terminal kad kredit/debit akan ditukar setiap hari.
  • Penggunaan PPE suit oleh doktor dan jururawat bertugas.
  • Penyediaan hand sanitizer di luar klinik, meja resepsi dan bilik rawatan.
  • Waktu operasi klinik yang lebih singkat.
  • Kuota temujanji yang terhad. 
  • Tidak menerima pesakit walk-in KECUALI kes kecemasan. 

Kerjasama anda amatlah kami hargai dan marilah kita bersama sama berusaha untuk memutuskan rangkaian jangkitan dan penyebaran wabak COVID19!!

#KITAJAGAKITA

#DUDUKRUMAH

#TOGETHERWECAN

For more information, please do not hesitate to contact us. Contact information as per shown below. 

OUR LOCATION

KLINIK PERGIGIAN  1ST DENTAL BUKIT JELUTONG

2-1-01 D’Vida  Jalan Bazar U8/101

Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam,

Selangor.

0378596757 / 0122175857 / 01161114972

Mon-Sat : 9am-4pm

KLINIK PERGIGIAN 1st DENTAL TAMAN EHSAN, KEPONG

No 2423-1, Jalan E3 6, Taman Ehsan

52100 Kuala Lumpur.

0362748710 / 0122955857

Mon-Sat : 9am-3pm

DON’T FORGET TO FOLLOW US ON OUR SOCIAL MEDIA FOR LATEST NEWS, MONTHLY PROMOTION AND MORE!

FACEBOOK PAGE (Taman Ehsan)

FACEBOOK PAGE (Bukit Jelutong)

INSTAGRAM

TWITTER

YOUTUBE

Leave a Reply

Close Menu