You are currently viewing BRACES: PERBEZAAN ANTARA DOKTOR PAKAR BRACES (ORTHODONTIST) DAN DOKTOR PERGIGIAN BIASA

BRACES: PERBEZAAN ANTARA DOKTOR PAKAR BRACES (ORTHODONTIST) DAN DOKTOR PERGIGIAN BIASA

Rasanya masih ramai di luar sana yang masih tidak mengetahui apakah perbezaan antara rawatan braces bersama doktor pakar (orthodontist) dan doktor pergigian biasa. Kebanyakan pesakit lebih cenderung untuk memilih rawatan doktor pergigian biasa memandangkan harga yang ditawarkan adalah jauh lebih murah dan merasakan hasilnya juga tetap akan sama – gigi akan menjadi rata dan cantik selepas rawatan. 

Suka untuk kami mengingatkan di sini, doktor pakar (orthodontist) bergelar ‘pakar’ di dalam bidang mereka kerana mereka ini adalah golongan doktor yang dikhususkan untuk melakukan rawatan braces. Sebenarnya, untuk mendapatkan gigi yang sempurna, proses rawatan itu sendiri yang perlu diambil kira. Sekiranya terdapat kesilapan dalam jangkamasa proses rawatan braces tersebut, maka hasilnya juga akan berbeza. 

“Rawatan braces biasanya bersifat ‘unforgiving’, yang bermaksud, sekiranya sesuatu pergerakan gigi itu telah dibuat, sukar untuk berpatah balik.” – Dr Nik Mukhriz

Gambar: Dr Nik Mukhriz Nik Mustapha

Berikut hasil temubual kami bersama Dr Nik Mukhriz Nik Mustapha, salah seorang pakar ortodontik  di 1st Dental Clinic. Beliau mendapatkan pendidikan awal di Universiti Malaya dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Doktor Pergigian (BDS). Seterusnya beliau melanjutkan pembelajaran beliau ke Glasgow (DClindent.Ortho), Edinburgh (MOrth.RCSEd) dan Australia (MRACDS.Ortho). Selain berkhidmat sebagai pakar ortodontik (visiting specialist) di 1st Dental Clinic, beliau juga merupakan seorang pensyarah sepenuh masa dalam jurusan pergigian di UiTM. Diharapkan dengan penjelasan yang diberikan beliau ini, kami dapat membantu anda di luar sana untuk membuat keputusan yang lebih bijak dalam memilih khidmat rawatan braces di masa hadapan.

  1. Sekiranya pesakit mengalami masalah ‘uneven bites’, dan memilih untuk tidak mendapatkan  rawatan doktor pakar braces (orthodontist) dan hanya bertemu dengan doktor pergigian biasa, apakah yang akan berlaku?

  • Doktor gigi biasa juga boleh memberi rawatan braces tetapi terhad untuk kes-kes yang mudah sahaja. 
  • Isunya ialah, untuk mengenalpasti sama ada sesuatu kes itu mudah, ia memerlukan pengalaman dan pengetahuan yang meluas berkaitan braces. Ada kes yang kelihatan mudah tetapi sebenarnya lebih rumit. Sekiranya perkara ini tidak dikenal pasti di peringkat awal, ia boleh memberi kesan terhadap hasil akhir rawatan braces, seterusnya menjurus kepada kegagalan untuk memenuhi hasrat dan jangkaan pesakit.
  • Di serata dunia, doktor gigi biasa dilatih untuk mengenal pasti masalah pergigian umum seperti kerosakan gigi dan masalah gusi. Pendedahan doktor gigi biasa berkenaan braces adalah sangat sedikit memandangkan bidang braces ini adalah bidang kepakaran. 

2.  Apakah perbezaan rawatan braces dengan Dr pakar dengan Dr gigi biasa?

    • PENGETAHUAN DAN PENGALAMAN 
      1. Doktor pakar braces dilatih khusus untuk mengendalikan braces. Setelah menjalani latihan untuk menjadi seorang doktor gigi biasa selama 5 tahun, Dr pakar braces perlu menjalani latihan tambahan selama 4 tahun, khusus dan fokus kepada pengendalian braces sahaja. Setelah itu, doktor pakar ini perlu membuktikan kepakarannya menerusi proses pewartaan selama 6 bulan sebelum disahkan menjadi pakar di Malaysia.
      2. 4 tahun latihan kepakaran ini adalah pembelajaran sepenuh masa di mana setiap hari diberi pendedahan berkenaan braces. Program latihan ini juga mengikut piawaian tertentu dan diiktiraf oleh badan yang berkaitan (Malaysian Qualifications Agency atau MQA).
      3. Berbeza dengan doktor gigi biasa yang hanya diberi pendedahan berkenaan braces (fixed appliance) dalam kuliah selama sejam di peringkat ijazah sarjana muda. Seperti dinyatakan di atas, fokus pembelajaran pada peringkat ini adalah untuk mengenal pasti masalah pergigian biasa seperti kerosakan gigi dan bukanlah memberi rawatan braces (fixed appliance).
      4. Ada juga doktor gigi biasa yang mengikuti kursus pendek berkaitan braces yang berlangsung sekali sebulan untuk tempoh tertentu. Sehari sebulan selama setahun bersamaan 12 hari setahun sahaja. Kursus pendek ini juga tidak melalui proses pengiktirafan oleh badan tertentu (MQA), justeru tahap pengajaran dan kualiti kursus pendek ini tidak dapat disahkan.
      5. Perumpamaan yang boleh diberikan ialah seorang doktor pakar jantung dibandingkan dengan seorang doktor perubatan biasa. Masing-masing mempunyai peranan tersendiri. Tetapi jika perlu menjalani pembedahan jantung, adakah anda akan memilih doktor pakar jantung atau doktor perubatan biasa? 

  • PERANCANGAN RAWATAN BRACES DAN PENGENDALIAN BRACES
    1. Perbezaan utama dari aspek rawatan adalah perancangan rawatan dan pengendalian braces. 
    2. Tiada resepi standard untuk rawatan braces kerana setiap pesakit adalah unik dan berbeza. Penilaian komprehensif menerusi pengalaman dan pengetahuan perlu dibuat sebelum sesuatu rawatan braces itu boleh diberikan kepada pesakit. Dr pakar braces akan memastikan:
      1. Pesakit tahu semua pilihan rawatan yang ada. 
      2. Tiada janji palsu. Pesakit menerima rawatan yang terbaik mengikut kesesuaian kes. Ada kes yang boleh dirawat sepenuhnya dan ada kes yang boleh dirawat secara separa. Ini perlu jelas kepada pesakit sebelum rawatan bermula (predictable outcome).
      3. Penggunaan peralatan/ teknik yang sesuai bagi:
        1. Meningkatkan efisiensi.
        2. Menyelesaikan rawatan dalam tempoh yang sepatutnya.
        3. Mengurangkan sakit.
      4. Mengelakkan risiko yang tidak perlu.

3.  Apakah ciri-ciri doktor pakar braces (orthodontist)?

    • Seorang doktor gigi biasa yang telah menjalani latihan kepakaran tambahan yang diiktiraf selama 4 tahun.
    • Memiliki surat pewartaan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Universiti atau Kementerian Pertahanan Malaysia
    • Berdaftar sebagai pakar pergigian dengan Majlis Pergigian Malaysia
    • Majoriti berdaftar dengan Persatuan Pakar Ortodontik Malaysia yang boleh disemak di direktori www.mao.org.my 

4. Pernahkah terjadi di  mana, patient sebenarnya pernah memakai braces tetapi tidak mendapat hasil yang memuaskan, dan Dr pakar menyambung rawatan gigi patient tersebut. Apakah rawatan yang akan dilakukan?

    • Rawatan braces biasanya bersifat “unforgiving”, yang bermaksud, sekiranya sesuatu pergerakan gigi itu telah dibuat, sukar untuk berpatah balik. Ini biasa dilihat dalam kes yang melibatkan cabutan gigi di mana ruang disediakan untuk menyusun gigi atau mengurangkan jongang. Sekiranya ruang ini tidak dikendalikan dengan baik, ruang ini akan tertutup sebelum masalah jongang boleh diselesaikan. Jika pesakit ini dirujuk kepada doktor pakar pada peringkat ini, ia boleh dikira terlambat kerana ruang yang tertutup sukar untuk dibuka kembali. Kemungkinan, sekiranya lebih ruang diperlukan, gigi lain pula perlu dicabut.

“ Sekiranya pen diberikan untuk melukis bentuk muka, semua orang boleh melakukannya. Tetapi hasilnya tentu berbeza mengikut siapa yang melukisnya.”

  • UNTUK MAKLUMAT LANJUT/TEMUJANJI, SILA HUBUNGI KAMI DI CAWANGAN KLINIK PERGIGIAN 1ST DENTAL  YANG BERIKUT:

1st DENTAL CLINIC, BUKIT JELUTONG

2-1-01 D’Vida  Jalan Bazar U8/101

Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam,

Selangor

0378596757 / 01136676089 (Atun) / 0122175857 (Nurul)

1st DENTAL CLINIC, TAMAN EHSAN, KEPONG

No 2423-1, Jalan E3 6, Taman Ehsan

52100 Kuala Lumpur

0362748710 / 0122955857 (Azila)

JANGAN LUPA FOLLOW KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN INFO/PROMOSI TERBARU!

Website: www.1stdentalclinic.com

Instagram: https://www.instagram.com/1stdentalclinic/

Twitter: https://twitter.com/1stdentalclinic

Facebook Page (Taman Ehsan) : https://www.facebook.com/Klinik-Pergigian-1st-Dental-Taman-Ehsan-2110966249134088/

Facebook Page: https://www.facebook.com/1stdentalclinic/

Let's Get In Touch

Leave a Reply