APAKAH YANG ANDA TAHU MENGENAI BRACES?

APAKAH YANG ANDA TAHU MENGENAI BRACES?

BAGAIMANA BRACES (PENDAKAP GIGI) BERFUNGSI?

Secara keseluruhannya, braces atau pendakap gigi berfungsi dengan memberikan tekanan berterusan untuk menggerakkan gigi secara perlahan mengikut arah yang spesifik / ditentukan, dalam jangkamasa tertentu, bergantung kepada kes / masalah yang dialami pesakit. Apabila gigi mula bergerak, struktur tulang juga turut berubah.

BRACES TERDIRI DARIPADA BEBERAPA KOMPONEN SEPERTI BERIKUT :

Braket / ‘Bracket’ – berbentuk segi empat kecil yang dilekatkan terus di atas permukaan gigi menggunakan pelekat khas. Braket berfungsi seperti pemegang (handle), di mana ianya memegang wayar lengkung (arch wire) untuk menggerakkan gigi. Terdapat banyak jenis braket iaitu stainless steel, braket seramik atau plastik yang mengikut warna semulajadi gigi (braket seramik menjadi pilihan kerana ianya kurang ketara berbanding braket yang lain). Terdapat juga braket yang dilekatkan di bahagian belakang gigi untuk hasil pemakaian yang langsung tidak ketara.

Lingkaran Ortodontik / ‘Orthodontic Bands’ –  material tahan karat (stainless steel) / material yang mempunyai warna seakan warna semulajadi gigi di mana ianya dilekat menggunakan pelekat (bonding agents)  khas. Lingkaran ini dilingkarkan mengelilingi gigi berfungsi sebagai ‘anchor’ untuk braket. Lingkaran ortodontik ini tidak digunakan ke atas semua pemakai braces, ada juga pemakai braces yang hanya memakai braket tanpa lingkaran ini.

Spacers’ – berfungsi sebagai pemisah (separator) yang berfungsi untuk membentuk ruang kecil di antara gigi sebelum lingkaran ortodontik diletakkan.

Wayar Lengkung / ‘Arch Wires’ – berfungsi sebagai landasan yang mengawal pergerakan gigi. Biasanya dibuat daripada besi, tidak berwarna atau mengikut warna gigi semulajadi pesakit.

Pengikat / ‘Ties’ – getah kecil berbentuk bulat seakan cincin atau wayar halus yang berfungsi untuk mengetatkan wayar lengkung (arch wire) ke braket.

Tiub Buccal – berfungsi memegang hujung wayar lengkung (arch wire) dengan ketat dan selamat di tempatnya.

‘Ligatures’ – getah elastik kecil berfungsi untuk memegang wayar lengkung ke braket.

Spring – adakalanya digunakan dan diletakkan di atas wayar lengkung di antara braket untuk menolak, menarik, membuka dan menutup jarak di antara gigi.

JANGKAMASA PEMAKAIAN BRACES?

Jangkamasa pemakaian braces berbeza antara individu, ianya bergantung kepada keadaan gigi pesakit, jumlah ruang yang tersedia, jarak untuk gigi bergerak, keadaan kesihatan gigi, gusi dan tulang sokongan serta bagaimana penerimaan pesakit terhadap arahan doktor. Secara purata, jangkamasa pemakaian braces adalah dalam lingkungan 12 bulan sehingga 36 bulan. Setelah braces dibuka, kebanyakan pesakit perlu sentiasa memakai retainer selama 6 bulan, dan kemudiannya hanya perlu memakai retainer ketika waktu tidur sahaja.

BERAPA KERAP ANDA PERLU BERTEMU DENGAN PAKAR ORTODONTIK SEPANJANG RAWATAN BRACES?

Kebiasaannya anda perlu bertemu dengan doktor gigi / pakar ortodontik setiap bulan untuk memastikan braces yang dipakai berfungsi dan memberi tekanan yang diperlukan ke atas gigi. Untuk menambahkan tekanan ke atas gigi, pakar ortodontik akan melakukan pelarasan ke atas wayar, spring atau getah braces. Dalam sesetengah kes, braces sendiri tidak cukup untuk meratakan keadaan gigi atau menggerakkan rahang. Dalam situasi yang sedemikian, peralatan luaran seperti ‘head gear’ perlu dipakai di rumah pada waktu malam atau sepanjang malam.

ADAKAH PEMAKAIAN BRACES MENYAKITKAN?

Kadang kala, pelarasan yang dilakukan oleh pakar ortodontik anda membuatkan mulut anda merasa sakit dan tidak selesa. Ubat tahan sakit seperti Motrin atau Tylenol biasanya akan diberikan kepada pesakit untuk melegakan kesakitan akibat tekanan daripada pelarasan braces tadi. 

ADAKAH FAKTOR USIA MEMPENGARUHI KEBERKESANAN PEMAKAIAN BRACES?

Mekanikal / peralatan yang digunakan untuk menggerakkan gigi menggunakan braces tetap sama tidak mengira usia anda. Semua pemakai braces tidak kira yang muda atau dewasa akan mendapat faedah yang sama. Perbezaan utama di antara rawatan ke atas pesakit dewasa dan kanak kanak ialah, beberapa pembetulan yang perlu dilakukan ke atas pesakit dewasa mungkin memerlukan lebih daripada penggunaan braces semata mata dan jangkamasa rawatan mungkin mengambil masa yang lebih lama kerana keadaan tulang orang dewasa yang tidak lagi berupaya untuk tumbuh / berkembang.

BOLEHKAH ANDA BERSUKAN SEPANJANG MEMAKAI BRACES?

Anda masih boleh melakukan aktiviti sukan seperti biasa walau pun anda memakai braces. Sekiranya sukan yang diceburi mempunyai risiko yang tinggi untuk cedera di bahagian mulut yang, anda dinasihatkan untuk memakai pelindung mulut (mouth guard) yang direka khas mengikut bentuk gigi dan rahang anda. Pelindung mulut ini diperbuat daripada plastik mudah lentur, direka untuk memuatkan bahagian braces dengan selesa dan melindungi tisu lembut di dalam mulut.

**Dapatkan pakej braces di Klinik Pergigian 1st Dental dengan skim bayaran  bulanan yang rendah dan deposit yang lebih fleksibel. Konsultansi adalah percuma (bergantung kepada terma dan syarat).**

Sekiranya anda mencari klinik pergigian berdekatan kawasan Kepong dan Shah Alam, anda boleh kunjungi klinik kami di alamat berikut :

KLINIK PERGIGIAN 1ST DENTAL, BUKIT JELUTONG

2-1-01 D’Vida  Jalan Bazar U8/101

Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam,

Selangor

0378596757 / 01161114972 / 01136676089

KLINIK PERGIGIAN 1st DENTAL TAMAN EHSAN, KEPONG

No 2423-1, Jalan E3 6, Taman Ehsan

52100 Kuala Lumpur

0362748710 / 0122955857

Follow kami di media sosial untuk mendapatkan harga promosi terbaru dan pelbagai lagi tawaran menarik, hanya di Klinik Pergigian 1st Dental.

Website : www.1stdentalclinic.com

Instagram : 1stdentalclinic 

Twitter : @1stdentalclinicFacebook Page : Klinik Pergigian 1st Dental Taman Ehsan

Leave a Reply

Close Menu