APA ITU RAWATAN PEMUTIHAN GIGI (teeth whitening)?

APA ITU RAWATAN PEMUTIHAN GIGI (teeth whitening)?

Rawatan pemutihan gigi (teeth whitening) atau nama lainnya ‘bleaching’ adalah rawatan pemutihan professional yang disediakan oleh klinik gigi dan dilakukan oleh doktor gigi bertauliah untuk membantu memutihkan warna gigi menggunakan ejen peluntur dikenali sebagai hydrogen peroxide.

KENAPA ANDA MEMERLUKANNYA?

Dengan peningkatan usia, bahagian putih gigi (enamel) menjadi semakin nipis dan mendedahkan lapisan dalaman gigi kita yang juga dikenali sebagai dentin. Ini menyebabkan gigi kita tampak kekuningan. Merokok, faktor genetik, pengambilan sebahagian jenis makanan dan minuman tertentu dan beberapa  faktor lain merupakan penyebab perubahan warna pada gigi.

ADAKAH RAWATAN PEMUTIHAN GIGI BERKESAN UNTUK SEMUA JENIS KEKOTORAN GIGI?

  1. Hasil dan keberkesanan rawatan pemutihan gigi adalah berbeza mengikut individu dan bergantung kepada keadaan gigi seseorang seperti faktor genetik / kotoran luaran (ekstrinsik) / kotoran luaran  (intrinsic) – walau bagaimanapun, hasil dan keberkesanan rawatan pemutihan adalah tinggi iaitu sebanyak 95%.
  1. Rawatan pemutihan gigi terbukti lebih efektif dalam menghilangkan kesan kotoran akibat peningkatan usia, merokok, trauma juga perubahan warna kekuningan / coklat gelap pada gigi.
  1. Rawatan pemutihan gigi juga boleh dilakukan ke atas gigi yang telah menjalani rawatan akar (root canal).
  1. Walau bagaimanpun, rawatan pemutihan gigi tidak memberi kesan ke atas tampalan gigi dan gigi yang rosak.
  1. Kesan kotoran berpunca dari makanan, minuman dan tembakau/rokok biasanya tidak memerlukan rawatan pemutihan, rawatan scaling dan polishing biasanya sudah mencukupi.

Leave a Reply

Close Menu