Tahukah anda ada beberapa faktor penyebab gigi anda menjadi kotor dan berwarna kekuningan? Berikut adalah 3 jenis kotoran gigi dan cadangan rawatan yang sesuai untuk mengurangkan masalah kekuningan pada gigi anda.

  1. KOTORAN EKSTRINSIK / LUARAN

Kotoran luaran berlaku di atas permukaan enamel, iaitu bahagian paling keras iaitu luar permukaan gigi yang melindungi dentin iaitu bahagian dalaman gigi dan saraf gigi.

PIGMEN WARNA DI DALAM MAKANAN & MINUMAN

Buah buahan berwarna seperti beri biru, beri hitam dan delima, wain, kopi dan juga teh diserap oleh enamel yang mengakibatkan kotoran ke atas permukaan gigi.

MEROKOK

Perokok dan mereka yang gemarkan minuman soda dan makanan berasid biasanya akan mengalami kesan kotoran / perubahan warna yang lebih gelap kerana tabiat ini mengakibatkan kerosakan pada enamel, menjadikan enamel gigi mudah terdedah kepada kotoran.


KURANG PENJAGAAN GIGI

Sisa makanan yang terkumpul di atas permukaan gigi mengakibatkan kotoran pada gigi, khususnya pada garisan gusi yang susah untuk dicapai dan dibersihkan.

Kotoran ekstrinsik / luaran boleh dikurangkan melalui rawatan pemutihan gigi profesional, scaling & polishing.


2. KOTORAN INTRINSIK / DALAMAN

Kotoran intrinsik / dalaman berlaku apabila dentin atau struktur dalaman gigi menjadi gelap dan kekuningan. Warna asas gigi semulajadi yang lebih gelap disebabkan faktor genetik juga salah satu punca gigi tampak lebih gelap / kekuningan.

TETRACYCLINE

Boleh mengakibatkan kekotoran gigi pada anak sekiranya diambil / diamalkan oleh ibu sewaktu kandungan mencapai trimester kedua dan seterusnya atau pengambilan tetracycline oleh kanak kanak sewaktu lahir sehingga umur mereka mencapai 12 tahun.

FLORIDA (Fluoride)

Pengambilan / penggunaan florida yang berlebihan boleh menjadi penyebab bintik putih atau coklat pada gigi yang juga dikenali sebagai fluorosis. Pendedahan melampau kepada florida diawal usia kanak kanak boleh mengakibatkan fluorosis.

PENDARAHAN DALAMAN

Berlaku pada bahagian dalaman gigi yang boleh mengakibatkan penggelapan pada gigi akibat darah yang terkumpul di dalam dentin.

Sebahagian kotoran intrinsik / dalaman boleh dikurangkan menggunakan rawatan pemutihan gigi profesional. Walau bagaimanapun, kebanyakan kotoran intrinsik / dalaman hanya dapat ditutup sepenuhnya melalui rawatan veneer.


3. FAKTOR USIA

Ketika usia semakin meningkat, dentin mula menjadi gelap dan enamel gigi menjadi semakin nipis, ini menyebabkan dentin terdedah dan senang menyerap pigmen warna dan kotoran dari minuman, makanan dan tabiat merokok.

Kekotoran gigi akibat faktor usia ini biasanya gabungan antara kotoran luaran (ekstrinsik) dan kotoran dalaman (intrinsik), ianya dapat dikurangkan melalui pemutihan gigi secara professional atau rawatan veneer.

Anda ingin mendapatkan rawatan pemutihan gigi / bleaching dan veneer dari kami? Anda boleh hubungi kami di :

KLINIK PERGIGIAN 1ST DENTAL, BUKIT JELUTONG

2-1-01 D’Vida  Jalan Bazar U8/101

Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam,

Selangor

0378596757 / 01161114972 / 01136676089

KLINIK PERGIGIAN 1st DENTAL TAMAN EHSAN, KEPONG

No 2423-1, Jalan E3 6, Taman Ehsan

52100 Kuala Lumpur

0362748710 / 0122955857

Website : www.1stdentalclinic.com

Instagram : 1stdentalclinic 

Twitter : @1stdentalclinic

Facebook Page : Klinik Pergigian 1st Dental Taman Ehsan

Close Menu